Fuhhhh .. Hari ini, genap lah seminggu anak sulung Za , A'isy Zafran bersekolah. Tahun ni dia baru berumur 4 tahun. Saja hantar A'isy ke tadika awal, supaya dia belajar untuk berinteraksi dan bermain dengan rakan sebaya. 


Alhamdulillah, sepanjang seminggu dia bersekolah, sekali sahaja dia menangis. 😂😂 Itu pun hari ke 3, masa Papa dia hantar pagi ke sekolah. Alasan dia, sebab Papa dia tak sayang dia tak nak bawak jalan2. Tertiberrrrrrr la pulak kan....😆

Za hantar A'isy ke tadika yg ada mata pelajaran bahasa cina. Bagi sambung legasi mama dia 😋 Ye, Za dulu pun bekas pelajar SRJK Lai Meng dan SMK Chong Hwa. Lepas ni ada la geng chong-ching kat rumah 😉 Habis lah papa dia menganga je la ye sorang2 kat rumah nanti 😄

Nanti Za share kebaikan  masukkan anak2 ke tadika / taska awal okay. Stay Tuned !! 

Korang usha2 dulu la gambar A'isy. hihih  Kenangan anak masuk sekolah kena simpan. Dorang ni cepat je membesar. 
Ready to go to school!! 
Mama yang menahan sebak anak nak masuk sekolah 😋
  




Yang penting, A'isy cakap suka pergi sekolah jumpa kawan2 dan cikgu2 dia dan belajar sambil menyanyi 😍😝. 
Mama so proud of you Abang A'isy !!👍👍👍

Let's enjoy the journey and learn more fun things 💗💓 !!


Love, 

Zazasters a.k.a MamaMonster👻